Hello,
Welcome home. Seminggu bercuti, terasa sungguh malas memulakan rutin harian pelajar. Dengan muka pucat lesu, demam selsema, badan comel, gelap sunburn, arghhhh..rindu hubby. Hihi.
Mari terus update tentang kisah honeymoon kami, 14-17 February lepas. Oh ye, I malas nak review in details k. Banyak dah kot review about Krabi ni. Kita tengok-tengok je la gambar (padahal malas, kan)
First day (14 February 2012)Its Valentine Day! Agak teruja tapi Shuk mana layan hari-hari macam ni. Hari-hari pun kita berkasihan, kan. Hihi. Flight to Krabi lebih kurang 1jam 25 minit. Kejap ke dah sampai. Sampai je kat airport, da ada yang menunggu.
Besar sungguh taxi ni kan. Padahal dua orang manusia comel dan 1 luggage je pun


Our room!Kami tinggal di Ananta Burin Resort, Krabi. Dah book lama masa ada promo. We secure price RM300/night. Extra RM149 for honeymoon decoration, fruit basket, return transfer to and from airport, 1 hour thai massage for 2 pax. Kalau tak dapat promo, harga can up to RM 650/night untuk pool access room. Jimat lah jugak kan.

Sampai bilik, kemas-kemas dan makan megi. Lapar! On flight dah beli sandwich, tapi mana lah kenyang, kan. Lepas makan, terjun pool. Our room attach terus dengan pool yang tak berapa nak private. Tapi, sepanjang we all kat sana tak de pulak nampak jiran bersebelahan mandi pool. So, the pool is ours! Best sangat sangat.
Dalam pukul 6 lebih, kitorang keluar untuk cari island package. Agak blur sebab sekitar Ao Nang beach ni meriah sangat dengan deretan kedai souvenir, rumah urut, kedai jual pakej2. Last-last nampak adik yang bertudung jual pakej, and terus bargain. Since dari Malaysia lagi dah tau yang kitorang nak amek pakej PhiPhi Island, senang la ceritanya. Dia letak harga RM180/pax, and after bargain dapatlah RM110/pax. Lepas tu terus pergi beli tikar dan makan time.




Dinner at Chaba Thai. Tomyam sedap gile. Sampai berebut kitorang makan. Tapi mahal! Makan macam tu je kena RM70 kot. Lebih kurang tu lah harganya. Tomyam je dah RM 14 ok. Then cari pancake. Heaven I tell you. Sedap ya amat. Sesiapa datang Krabi sila beli pancake kat gerai macam signboard atas tu ye. Yang tu paling sedap compare dengan gerai lain.
Second day (15 February 2012)Since our hotel ni takde sediakan halal food, breakfast choice sangatlah limited. Hari-hari pun makan roti, pancake, scramble egg dan buah-buahan. Waktu ni lah rindu nasi lemak rendang ayam. Nyumm. Tapi takde problem pun sebab makan roti je pun dah sangat kenyang. Pagi-pagi I bukan jenis pemakan sangat.
Around 8.45, da ada yang menjemput kami untuk ke pantai. Maka bermulalah aktiviti island hoping. Naik speedboat yang besar dan laju. Dan berjumpa 2 orang Malaysia dalam boat yang sama. Ada geng mintak tolong tangkapkan gambar. Hihi.


The sea? Amazing. Cantik sangat. Air nya hijau kebiru-biruan. Dari dalam boat boleh nampak ikan kat air tu. Cantiknye. Paling cantik kat Maya Bay. Pasir halus. Lawa lawa lawa. Sayangnya, setiap tempat diperuntukkan masa lebih kurang 45 minit je. Lunch at PhiPhi Island. Makan sedap! Dont worry, yang makanannya memang halal. Tomyam putih sangat sedap.



And, my first time snorkelling! Berjaya sebab ada Shuk. Mana taknya, aku dok berkepit je tak confident ditinggalkan. Orang tak tau berenang la katakan. Best sangat! Kitorang turun snorkel 2 kali. Masa first time I confident la sebab lebih kurang 20ft je. So taklah takut sangat. Masa turun boat pulak penuh ikan kecil-kecil keliling tu, habis tangan merah-merah kena gigit ikan. Tapi, second time turun snorkel, lebih kurang 40ft. Boleh nampak anak ikan yu kat dasar laut. Aku dah cuak gile terbayang ada piranha tiba-tiba tarik aku gigit ke bawah macam mana nak selamatkan diri. Dahlah kitorang agak hanyut. Aku merengek-rengek pulak kat Shuk nak naik atas boat. Bayangkan macam mana Shuk nak berenang bawa aku? Haha. Gigih dia swim dengan bini berpaut je penakut nak lepas.
Habis semua island tour ni around 4.30pm. Before balik hotel, kitorang makan pancake lagi. Hihi. Dan makan cucuk-cucuk tu. Sedap sangat ok. Terliur-liur sos Thai tu.


Then balik hotel, bersihkan diri, solat, relax. Malam keluar dinner. Kat mana? Chaba Thai lagi. Ingat nak makan kat gerai tepi jalan, tapi dah tutup. Terpaksa lah makan tempat mahal lagi.

Macam biasa, tomyam seafood, telur dadar. Dan green curry chicken, tapi tak berapa kena dengan tekak kitorang. Total damage? RM65.
Nanti sambung lagi k.
Daaa.