Monday, March 5, 2012

susah senang bersama

Assalamualaikum,




Happy Monday!!! Anda happy?? Me? Macam biasa lah. Every Monday and Tuesday I ada sindrom kebiruan. Hihi. 2 days of weekend is not enough for me. Alangkah bahagia jadi suri rumah kan kan kan? Blerghhhh.




Last weekend was hectic. Hubby and me sedang dalam proses untuk masuk ke rumah sewa. Rumah sewa yang jaraknya dalam 10-15 minit je dari rumah family. Dulu-dulu, I lah yang beriye sangat nak pindah. Tak kisahlah walau rumah kecil tiang seribu, serba kekurangan asalkan dapat berdua dengan suami. Duduk di rumah family ni, tindak tanduk Shuk agak terbatas. Yela, kenalah hormat keluarga in law, kan. And me, bila dah kawen and still duduk dengan family, I ada sikit rasa segan juga. Yelah, dulu kita bujang, hak milik keluarga sepenuhnya, dimanjakan and aku malas hahahaha. Now da jadi isteri orang, kena lah jadi rajin. Bila I malas turun siapkan breakfast pagi-pagi untuk Shuk dah kena tegur dengan ibu. Bilik tak berkemas kena tegur. Dan boleh tak I macam ada rasa segan sikit beriye nak masak pagi-pagi jadi rajin sebab segan tiba-tiba berubah drastik depan family. Kahkahkah. Faham ke korang? Hihhi.




So..hopefully, pindah rumah baru nanti I akan jadi berdikari dan mampu jadi isteri yang baik.




Tapi..


Lepas dah hampir 2 bulan berkahwin dan masih tinggal dengan family..I dah mula rasa selesa. I'm in my comfort zone. Kalau balik dari faculty, bahan masakan semua ibu dah sediakan. I tinggal masak je. Lagi senang kalau balik kerja tu makanan dah ready dah pun. Rumah sentiasa bersih. Facilities rumah dah lengkap. Bilik selesa ada air cond. Memandangkan I ikut suka nak ke faculty atau tidak, hari berkerja I boleh lepak dengan ibu kat rumah. Ada teman. Dan baru-baru ni dah pasang Unifi. Haha. Internet laju weyh!



Hujung bulan lepas, rumah sewa tu dah dikosongkan. Bila kami jenguk rumah yang dah 'kosong' tu, mengucap panjang I dalam hati. Sedih! Rumah tu kotor yang teramat. Dengan barang berlonggok. Ada satu bilik bau rokok yang sangat busuk. Toilet tersumbat.. Surrounding pun kurang memuaskan hati. Banyak kerja-kerja pemulihan terpaksa dilakukan bermakna banyaklah duit perlu dilaburkan.



Owner rumah tu kami sendiri. Rumah yang bakal kami duduk ni rumah ayah Shuk.. Jadinya, segala proses membaikpulih rumah tu tanggungjawab kami.

Terpaksa upah workers untuk cuci rumah. Tak terlarat kami nak menyental sendiri rumah tu. Dan sekarang tengah proses mengecat. Upah workers juga.
Grill dah tempah.
Lepas ni kena contact plumber untuk repair toilet. Tukar toilet bowl. Tukar sinki baru.
Kabinet dapur? Perabot rumah?
Duit duit duit duit duit.




Ye, satu-satu lah kita penuhkan rumah.




Dan mulalah I ada 2nd thought. Betul ke nak pindah rumah? Bilik panas. Takde kitchen cabinet. Serba tak lengkap. Dan paling risau soal security. Selamat tak?





Hmmmm.





Muhasabah diri. Dalam sesebuah perkahwinan, especially young couple yang baru nak mula hidup, memang kena bersusah-susah dulu. Manisnya akan datang kemudian. InsyaAllah. I masih muhasabah diri ni agar sentiasa bersyukur. InsyaAllah.






---




Pasal study, I masih stuck. Progress tak berkembang due to labworks problem and MYSELF! Kerja makmal yang tergendala memang tak boleh nak buat ape sebab kena tunggu turn. Tapi diri aku yang malas yang sepatutnya di kala masa lapang ni buat lah tesis memang kena lempang je la. I kadang-kadang hilang semangat je nak teruskan semua ni. Next week I akan jadi speaker untuk satu public program. Me like, what? I akan bagi talk lagi? Rasanya nutrition knowledge aku pun dah makin kurang. T___T




Till then.




Daaa..

8 comments:

LisaLisut said...

heip heipppp. jgn give up. slowly but surely! mmg perit sbb kalau bole hati tamak haloba nk semua sekali serentak fully furnished. tp...apakan daya.kita ni miskin bandar category.hahaha...so slow2 ye amy. beli yg asas jgn segedebuk.

bukan u je segan.i yg kdg2 balik rumah mak i kat seremban pn segan bila kene tegur lmbt mandi xlayan husben buat air etc.sbb if duk dgn mak bapak spoil semua mak buat kakakaka.i mmg pemalas ;p

Ezza Z said...

Hye amy.
Dun worry dear,bila u da duduk ber2 ngan hasben mesti u rasa seronok sebab u boleh masak untuk hasben.
Main masak2 ngan hasben kat dapur, sekarang pergerakan u all mcm terbataskan?
Trust me u will enjoy it.
Btw,salam perkenalan.

Fantagiro said...

Releks la amy.. nak mulakan hidup baru memang mcm tu. Bukan senang nak hidup berdikari, tp itulah benda yang paling manis yang akan u ingat satu hari nanti. Memang sekarang semua tersedia, tp u akan rasan lebih seronok bila hidup sendiri..Uruskan semua keperluan rumahtangga dengan tangan sendiri.. U mesti akan bangga dengan diri u bila u dah lakukan semua tu nanti. Anyway.. ape pun i yakin u akan dapat atasi semua tu nanti.. Good luck dear .. all the best

amy fahmi said...

lisa- haha miskin bandar tapi tamak haloba. i mmg kene beli yg basic je. duit non hado.
i dah byk kali sgt kene tegur nape tak sambut laki balik keje n hidang air, pagi tak siapkan breakfast, jangan bagi laki yg cuci pinggan sume. haha. i memang malas. untung ape dpt laki yg rajin menolong. :p


ezza- insyaAllah. tu yg i harapkan nnti. boleh bebas buat aktiviti family sndiri.
salam kenal too :D


fantagiro- thanks! i tengah cuba 'sipping' kemanisan itu. ;)

aNis LeMoN aBu said...

takpe, amy. kadang-kadang risau banyak2 pun tak guna. rumah i lama jugaklah nak ada grill. relax je tido bilik tengah, kunci pintu segala. tawakal je la. nak buat macam mana. :)

yang part selesa tu, i pun sama. nak-nak ldr, wah, makin laaa bajet single tapi dah kawen. hidup masih macam zaman uni, bezanya kalau sms gila-gila pun, orang tak komen. ngeh2. & a few things yang dah ada green light nak buat. ;D

Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mengurniakan kami suami yang penyabar. (dah duduk sekali nanti, haruslah menjadi pengantin baru balik!)

UyaRayza said...

tul la tue susah senang sama2 ;)..untung ayah syuk dh bg rumah so tggl nk cntikkan je..nnti lama2 dh cntik..dh lengkap mesti u sayang giler dgn rumah nie..bese la proses penyesuaian kan..nk jugakkkkkkk..i skang x sbr nk duk umah sdiri..pnat hidup menumpang -_-"

amy fahmi said...

anis- i part security tu mmg risau. even nanti dah pasang grill pun i ada sikit cuak sebab bile borak dengan bakal jiran dia kata memang ada kes kecurian kat situ.
i dah tak ldr. alhamdulillah. tapi keje hubby still byk outstation nanti. ldr pun ok je..makin rindu-rinduan nanti. hikss


uya- syukur senang dpt rumah. cuma nk elokkan rumah tu parah sikitla dengan keadaan yg tak terurus langsung.
u da ada rumah kan, uya. cepat pindah! nnti leh dtg potluck hihihi

Fazlina Zainudin said...

kak amy, rileks la kayh :)
mmg cenggitu mula2..

kita pun dulu take 6 months nk rumah semua fully complete...

itupun ade lagi yg kurang..tak kisah la..yg penting duduk berdua..BEBAS kan kan kan ..hehe