Thursday, February 23, 2012

review: honeymoon at Krabi #3 (bye bye Krabi)

Di saat menulis entri ni I amatlah rindukan Krabi. Rindu sangat suasanya yang tenang, bilik hotel yang best, pulau yang cantik, makanan yang super sedap dan yang pasti, saat berdua sahaja dengan suami. Auwww..I miss that soooo badly.





Sambung review about our last day at Krabi ye. Siapa nak baca episod sebelumnya sila skrol ke bawah lagi.




LAST DAY (17 February 2012)


Nothing much to do. Packing barang awal-awal and turun breakfast. After breakfast, pulangkan scooter so we walked along the AoNang beach. Oh lupa nak cerita, semalamnya kitorang dah beli souvenir untuk diri sendiri dan family. Harga souvenir kalau tak tawar memang mahal! Sila bargain separuh harga. Believe me, diorang akan bagi half price tersebut. I bought a beautiful pants, I love Krabi shirts for us, plate mats for our new house, shirts and fridge magnets for our famiy and friends.




Berjalan-jalanlah kami berpimpinan tangan dengan rasa sayunya. Sobsss. Sedih nak tinggalkan Krabi. Lebih sedih bila kedai pancake tak bukak lagi. Sobsss. Tak sure samada memang tak buka sebab Jumaat atau awal sangat lagi. Jalan-jalan di pantai snap-snap gambar hinggalah ketiak berlecak.









..... Dan kembali ke hotel.





Merenung bilik hotel penuh rasa sayu.





Jam 11.45 kami dah ready untuk check out. Pukul 12++ bergerak ke airport. On the way balik, the driver stop us at Sri krabi. Kitorang just beli fridge magnet je lagi. Takde apa sangat dah nak dibeli.






Akhirnya sampai airport.




Bye Krabi.




We miss you!





TIPS / INFO ABOUT KRABI

  • Ananta Burin Resort adalah lebih kurang 10-15 min berjalan ke pantai. Lokasi agak ke dalam. For Shuk and me, we love it! Bukan kat main road, so sangat tenang. Walaupun ke dalam sikit, tapi sangat senang untuk access ke main road. Jalan sikit je ke depan dan dah boleh nampak banyak deretan gerai best-best!



  • Tapi kalau datang lain kali, mestilah kitorang nak try duduk hotel lain lagi, ye tak. Kat Krabi sangat banyak hotel. Please check hotel tu dekat pantai apa. Kalau area AoNang ni meriah. Easy access for food and souvenir.


  • Krabi taklah murah pun. Sama je macam harga barang kat Malaysia. Makanan pulak indeed lagi mahal (kalau kat restaurant). Nak jimat, makanlah kat gerai.


  • Seperti dah diberitahu awal-awal tadi, sila bargain 50%! Harga bukak diorang sometimes ridiculous. Fridge magnet standard price only 30 bath, shirt 120-150bath. Barang-barang lain, guna logik akal. Hihi. Kitorang je bawak RM800, ada balance RM100. Hihihi. Sebab tak ambil pakej gajah or whatsoever tu jadi tak banyak sangat pakai duit.



  • Makanan halal senang dijumpai walaupun choice agak limited. Dah datang Thailand, makanlah makanan mereka, ye dak? Apapun makanan biasanya memenuhi citarasa kita, orang Malaysia. Sedapnyeeee.. Terbayang-bayang tomyam and pancake..



  • Manis mulut dengan mereka, mereka manis mulut dengan kita. Lalalalala.





    Our next honeymoon? Haha tak habis-habis, kan?
  • 4 comments:

    LisaLisut said...

    eh aktiviti hari last kita sama.kekeke. tp i agak malas berjalan so i prefer aonang princeville yg btul2 dpn pantai tu(gedik duit pn xckup haha)

    kann i dh ckp.bj i sama dgn shuk.jgn jeles.kakakakakaka

    amy fahmi said...

    len kali gi krabi tdo sane ahh. haha.

    err? tuka baju plsss

    iedaurora said...

    oke masuk dalam my list honeymoon oredy ^_^

    cha said...

    ok i jeles sume cite psl krabi. lisa pun sama huuuu. tp takpe klau i pg i ingat tips u ni nanti :D