Third day (16 February 2012)
Hari ketiga, bangun pagi dan bersarapan seperti biasa. Aktiviti, bersiar-siar. Ikutkan I, i nak sangat ambil pakej lain. Nak naik gajah atau ambil pakej ke Emerald pool. Tapi laki den tak nak. Dia lagi prefer naik moto dan bersiar-siar di town. Baiklah, walaupun berat hati sebenarnya.
Kami sewa scooter dari hotel je. Murah. Cuma RM20 untuk 24 jam. I nak scooter pink! Beriye staff hotel cari kunci scooter tu, tapi rupe-rupenye dah ada orang punya. Sobss.. Maka scooter berwarna oren menjadi pilihan kalbu.
Map kitorang minta dari pihak hotel. Tapi map macam tak berapa membantu. So kitorang redah jelah. Sampai hampir nak sesat tapi kami berjaya kembali ke pangkal jalan. Haha. Shuk isi full tank minyak tu. Kena sampai RM14. Baik hati kan dia isi penuh. Mahal oh Krabi. First time naik moto ngan Shuk. Best tak lah best sangat. Kejung kaki ni. Hihi.
Tempat pertama kitorang stop adalah Sri Krabi. Kat sini boleh beli macam-macam makanan dan souvenir Krabi. Dan fridge magnet di sini adalah murah compare to kedai-kedai sekitar Aonang. Kitorang beli pes Thai, kek dan fridge magnet je. Tak boleh shopping sangat, naik motor je kan. Jalan depan sikit dari Sri Krabi ni akan jumpa satu lagi kedai souvenir. Tapi barang tak berapa best.
Dari Sri krabi ke town lebih kurang 3km je. Meneruskan perjalanan di bawah terik matahari dan angin kuat akibat pecutan motor. Layankan saja. Berhenti kat tengah-tengah town, turun, berjalan dan blur tak tau nak buat apa. Pekan takde apa pun. Agak bosan. Sunyi sepi. Dalam hati dah merungut kan ke best kalau naik gajah. Huhu.
Vrommm vrooommm...perjalanan diteruskan sehinggalah jumpa pasar. Dapat jumpa makanan-makanan Thai. Ada jual banyak barang yang kami tak berapa minat. Macam permainan, baju-baju yang biasa boleh jumpa kat Chow Kit tu.
Shuk tiba-tiba bagi idea pergi ke Tiger Cave. Kitorang pun ikutlah signboard ke situ. Tiba-tiba, signboard hlang. Yang ada tulisan Thai je. Hampir sesat and again, kami kembali ke pangkal jalan. Main redah je, dan taraaaaa...jumpa pun Tiger Cave!
Kalau korang pergi Krabi, mesti akan jumpa pakej ke Tiger Cave. Tak payah la amek pakej tu. Takde ape pun. Just tengok temple dan patung penyembahan. Tapi, kami berbangga sesungguhnya berjaya juga melawat salah satu tarikan di Krabi. Bolehla..Hihi.
Settle! Tak sabar dah terus memecut balik ke hotel. Lenguh kaki weh. Sesampai Aonang, order makan kat Sara Thai, bungkus nak makan dalam bilik. Tak berapa nak sedap. Telan jela sebab lapar. Tapi Sara Thai ni la antara yang murah kat Krabi ni. Total kitoang lunch cuma RM 17.
Lepas makan, terus call reception untuk book massage. Dalam pukul 4.30, therapist tu ketuk bilik. Dua orang wanita datang untuk mengurut. Kami kena baring atas katil. Tak macam urutan Indonesia, kitorang tak payah berkemban pun. Urutan Thai tak pakai minyak. Sakit weyh! I sampai request untuk dia perlahankan sikit tekanan tu. Then barulah rasa best gile! Di tengah-tengah urut ni, baru Shuk bagi tau yang urut dia bukanlah perempuan, tapi shemale. Nampak dengan jelas halkum dan lengannya yang tegap walaupun muka dah bermake up tebal persis gadis urut dan breast berisi saiz 36. Memandai je haku hahahahahaha. Terus pejam mata menikmati urutan tanpa risaukan Shuk. Hihi.
Malam? Dinner at Chaba Thai again. Hihi. Ketagih dengan Chaba kitorang ni. Tapi yang sebenarnya, gerai yang kitorang nak makan tu tutup. Sabar je la. Kami order siakap 3 rasa dan tomyam seafood je. Sedap gile!
Ok. Sampai sini je la. Penat la upload gambar je. Nanti next entry baru cerita tentang last day at Krabi ye.
Bye.
6 comments:
style kite lebih kurg,tapau mkn dlm bilik.jimats hehe. minyak sne mana ade subsidi mcm negara kita sbb tu mahal.sabo je le.haha at least u dpt rs naik motor shuk bawak.i ? nk rs KR bwk motor smpi aku tua pn dia xtau bwk moto hahahahah
slurppssss sedapnya makanan tu..(yg last la...)
amy....masa nk pegi tiger cave tu kb, i dgn hubby pon sesat! haha...i rase tiger cave tu mcm jauh giler la
lisa- ok la tu. dpt u rasa kr peluk u kuat2 time merempit tu haha
hunny kitty- errrr sedap? hihii
nana- a ah. mmg jauh pun. mase nak balik tu sampai naik cramp kaki..
aaaa Krabi..
comell ja skuter tu!
dan baru perasan makanan yg goreng tu ulat eh!waaaa!
Post a Comment