Tuesday, January 17, 2012

review: overall majlis nikah

First review adalah perihal majlis nikah keseluruhannya. Entri ni agak panjang sebab inilah kenangan paling indah yang pernah dilalui setakat ni. Juga permulaan terindah tahun 2012.





My nikah date was on 7th January 2012. Nikah waktu malam. Saja pilih malam so takyah buat majlis berinai jimat duit jimat masa jimat tenaga. Lagipun sejuk..hihi. Kalau panas makin nanti grumpy lepas tu hilang mood lepas tu tak dapat menikmati moment. :p



Disebabkan aku nikah malam, pagi tu baru terkial-kial nak buat hantaran. Fresh flowers dah beli hari Jumaat tu. Hari Jumaat tu memang agak rushing, pagi ke Bangsar, petang baru nak pergi cari inner untuk tudung. Entahlah, sebelum-sebelum ni memang confident nak pakai shawl macam biasa je masa nikah tapi tiba-tiba rasa macam nak ber'awning' bagai. Nasib baik jumpa, kat Radiusite boutique, sec 7. Hari Jumaat tu lepas maghrib, Kak Norish datang buat henna. Tadah je tangan kaki tu, dan mengelamun. Sangat touching memandang ke luar rumah orang ramai tengah bergotong royong. By the way, sentuhan Kak Noor adalah awesome! Henna sangat cantik. Merah pekat. Memang menjadi kekaguman ramai *perasan hihihi..


Di sebalik tabir. Jumaat, 6 Januari 2012.








Ok sambung peristiwa hari Sabtu ye. Pagi tu memang bangun super awal. Malam tu tak boleh tidur sebab sangat nervous. Like seriously, perasaan ni lagi nervous daripada perasaan nak ambil result SPM. Macam tak senang duduk. Pagi tu macam lipas kudung gubah hantaran. Nana and cousin tolong siapkan macaroon. Acu kat dapur sibuk masak untuk hidangan jiran-jiran yang datang menolong. Dalam pukul 11, jiran-jiran dah mula datang untuk tolong gubah sireh junjung, ikat thank you tag pada bunga pahar dan sediakan bunga rampai untuk merenjis. I feel blessed. Memang tak henti ucap rasa syukur.



Tapi risau sangat bila orang pelamin tak datang-datang lagi. Cuak sebab pelamin maker ni adalah free lancer. Takde butik sendiri, cuma beroperasi dari rumah. Lagi pulak katanya, tayar lori buat hal, so diorang terpaksa angkut barang-barang sikit-sikit naik kereta. Seriously cuak, but still try to think positive. Nak maintain seri hahahahaha. Dalam pukul 2 baru team pelamin maker tu sampai. I just leave everything to them. Lagipun sebelum ni dah discuss macam mana rupa bentuk pelamin idaman. I just request a very simple white pelamin. Pandai-pandailah diorang. Dalam pada diorang sibuk dengan pelamin, I pulak sibuk menyiapkan bilik pengantin.




Bila pelamin nikah siap, terkejut! Mulut ternganga sebab pelamin mini tak macam mini. Besar! Terus risau mana la tetamu nak duduk sebab ruang kat rumah taklah besar mana pun. Dan macam biasa pengantin perempuan adalah amat pemalu nak duduk bersimpuh sorang-sorang atas pelamin. Terus dapat idea untuk upacara akad nikah dijalankan kat atas pelamin. Habislah Shuk cuak. Hihihi. Siap je pasang pelamin mini, diorang terus pasang pelamin sanding pulak kat khemah. So far, sangat berpuas hati dengan kerja mereka. Berurusan dengan diorang senang, dan yang penting tak berkira sangat. Sesuai lah dengan budget bride.







Pukul 6.30, my jurumekap, Amy Ameera sampai. Waktu tu memang dah sangat nervous. Masa Amy make up rasa masa tu berlalu sangat pantas. Kejap je dah siap. What I love about Amy Ameera adalah dia boleh dengar pendapat client. I nak make up yang sangat light. Even kalau boleh bulu mata palsu pun taknak pakai. Hehe. Amy just pakaikan a very light fake eyelash. Tak berat. Tujuan taknak make up tebal sebab tendency menangis tu tinggi. So taknak make up rosak. Lagipun abah memang banyak complaint kalau make up tebal.



Sam Rais dan Remi & Hanif from iMoment datang around that time juga. Both my OP and OV deserve special review. Sangat senang berkerjasama dengan diorang. Pandai bawa diri, punctual and hardworking. Mula lah sessi posing sana sini berlakon interview sume tu. Perasaan tak payah cakap lah, nervous sangat sangat!



Dalam jam 8.30, rombongan pengantin lelaki dah mula sampai. Plan asal nikah akan bermula jam 8.45 atau lepas Isya. Tapi tok kadi lewat sikit, dalam pukul 9 baru sampai. Tok kadi sangat sporting. Kejap je dah selesai semuanya. Khutbah pun ringkas, takda tanya soalan-soalan cepumas pada pengantin lelaki. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, I'm a wife. Dinikahkan oleh abah sendiri :) Lepas je lafaz akad, hujan turuh mencurah-curah. Selesai bacaan taklik dan jemputan dipersilakan makan, hujan pun reda. Hujan rahmat, mungkin.








Yang datang majlis nikah ni ramai sangat. Asalnya, jemputan hanya 100 orang. Lepas tu sebab risau makanan tak cukup, ibu tambah order jadi untuk 130 orang. Tapi....pihak catering kata pinggan nasi habis sebanyak 170. In fact, bila rombongan lelaki dah sampai, catering terus masak lagi seperiuk nasi. Dan sememangnya makanan hanya ngam-ngam je malam tu. Tapi...alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah, alhamdulillah.




Dalam pada rasa syukur dan bahagia tu, I nak share perkara yang mungkin bride 2 be boleh ambil perhatian untuk majlis nikah ni.


  • make sure pengantin dah makan awal-awal bagi mengelakkan lapar.

  • make sure ada lauk standby bagi mengelakkan ada yang tak dapat makan

  • flow majlis!!! nak tau tak, lepas selamat je akad nikah dan sesi penyerahan mas kawen, abah terus jemput hadirin untuk makan. makanya, tak sempat pun pengantin nak jumpa parents dan sdara mara untuk bersalam-salaman. takde la sessi touching menangis di situ. Dalam situasi ni, pengantin kena la turun ke khemah dan jumpa semua sanak sdara masa diorang tengah makan tu. tapi...mungkin juga sebab event malam, semua orang pun dah lapar.

  • dari awal lagi abag dah serahkan kuasa mengakad nikah kepada tok kadi. tapi malam tu tiba-tiba tok kadi minta abah juga nikahkan. hasilnya, abah kalut sikit nak menikahkan. hihi. tu la tak practice dari awal. walau apa pun, rasa lagi indah bila abah sendiri yang nikahkan. :)




    Tu je kot. Thanksss sangat kepada semua yang hadir. Dan ampun maaf atas segala kekurangan.



    Alhamdullilah. Thanks Allah.



    oh ye, ni semua gambar dari camera sendiri je. kualitinye faham-faham je la ye. hihi.
  • 11 comments:

    ~ NANA ~ said...

    amy....u lawa! hihi

    cikpia said...

    tatau nape, but i'm in tears..... he he *kesat air mata*

    seronok dengar/baca kawan2 kawen..... seronok imagine perasaan si ayah mengakadkan untuk pernikahan anak dia..... i love everything about weddings!!!!

    UyaRayza said...

    i sangat suke makanan malam tue..mcm biasa la..amek banyak so sebab tue kot makanan ckup2 hahaha...anyway that night everything about the majlis adalah sangat perfect..n i love it ;)

    penagih kasih said...

    so sweet <3
    moge kekal hubungan akak dengan encik hubby sampai bebile eh
    ;)

    LisaLisut said...

    amy...pelamin nikah u sgt lawa dan sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet :D

    Hunny Kitty said...

    beautiful wedding n beautiful bride..sayang tak dapat p...

    Cik Zimie said...

    alamak nape i lak touching baca pasal nikah u?huhu congrats tau.x dpt nak dtg haritu.waaaa

    btw amy, sweet la.pelamin pon i suka.simple yet nice sgt!!lepas tu abah nikahkan u ye?i nak gak tapi my father nak suruh org wakilkan dia.ngade!hehe we'll see..

    maria fitria said...

    mekap sangat cantik..

    Renee Meow said...

    nak pic lagi voley??hehee... nyesal xdpt dtg mlm tu..teringin sgt nak pegi but bz settle wedding preps.. *aritu baru dpt confirm pelamin* T_T

    suke ur nikah nite..simple+beautiful..! :)

    amy fahmi said...

    nana- u lagi lawa! :)

    cikpia- yup. nikaha dalah moment yg syahdu sangat2.. insyaallah, u akan alaminya nanti..

    uya- haha. makan byk tp bdn kecik. jeles. :p btw, thanksss uya. suke sgt korang dtg.

    penagih_kasih- thanks. :)

    lisa- thanksssssss darling. :)

    hunny- thanksss. its ok dear. take care kay..

    zimie- haha abah i pun da wakilkan.tp at last kene gak nikahkan. hehe

    maria- thankss. kudos to amy ameera :))

    renee- thankssss.. takpe, u dapat dtg reception pun i da cukup hepy. :)

    Epa Zarifa said...

    wah, congrats! cantik baju, sory komen salah entri. hehehe, cepat2 review tau!