Friday, November 4, 2011

i want baby..but..

Ibu jaga baby baru lagi! Ye, sebagai suri rumah, permintaan ibu untuk tolong baby-sit anak orang memang banyak. Tak putus-putus. Dah sebulan lebih ibu jaga budak umur 2 tahun. Dan hari ni first day ibu jaga baby umur 9 bulan. Semalam nenek and mak baby tu dah jumpa kenal-kenal dengan ibu. I takde pun, masih kat fac. Ibu kata mak baby tu muda lagi. Baru dalam 26. Lebih kurang umur I la kalau I dapat baby terus after kahwin nanti.



Hmmm.



Dan sebab statement tu malam tadi terfikir-fikir dan terjaga malam memikirkan hal itu.





Honestly, before ni I dah buat research tentang pencegahan kehamilan. Dah tanya few of my friends yang sekarang tengah HO tentang keberkesanan pil ni. Dah google sana sini tentang kebaikan keburukan pill ni.



From doctor's point of view - pill ni sangat efective mencegah kehamilan. Bukan je boleh mencegah kehamilan, tapi dapat mengurangkan sakit senggugut, membetulkan kitaran period, mencegah risiko kanser servik dan lain-lain la. Risiko kenaikan berat badan tu depends on individual, tapi disebabkan pil zaman sekarang dah kurang dos estrogen, maka risk nak naik berat badan tu sangat rendah. Tapi..kena makan hari-hari sebab kalau miss one day pun boleh terlekat.



I asked them, kalau anak first pun boleh ke nak makan ubat ni. Tak mengganggu kesuburan ke? All of them kata TIDAK. Sebab kata mereka, even pill ni pun boleh membantu meningkatkan kesuburan.



But..when I did 'google' research, dekat forum ada yang kata untuk anak first janganlah makan sebab takut nak 'lekat' bila dah ready nak pregnant nanti.





Pagi ni masih dalam kesamaran. Dari hari tu masih dalam kesamaran lagi.





Jangan salah faham tau. Saya sangat suka kan baby. Dan baby suka kan saya. Ehem. Tak percaya, suma baby yang ibu jaga susah nak berenggang daripada Kak Amy ni.



Tapi I dah dinasihatkan oleh supervisor supaya merancang kehamilan pertama. Sebab lepas kahwin nanti dah start kena masuk lab yang 'membencikan' tu dan perlu fokus yang sangat tinggi terhadap study. Bayangkan sekarang yang tengah single pun boleh main-main selalu malas-malas, nanti kalau muntah-muntah semua tu boleh fokus tak agaknya? Dan mengenangkan currenct scholarship yang hanya valid sampai tahun depan buat risau sangat. Data collection baru je tamat. Lab work baru peringkat awal. Writing zero progress.



Jauh di suduh hati nak baby. My parents pun nak timang cucu pertama.




Shuk tak kisah. Dia belum ready sepenuhnya. Since kewangan belum stabil. Kalau ada terima dengan hati terbuka.







Right now, still thinking. Hati berat mengatakan 'Allah Maha Mengatahui. Kalau Dia bagi, kita terima. Rezeki pasti ada. Kalau Dia tahu kita masih tak mampu, Dia tak akan beri'.



Tapi, berusaha pun satu cara, kan?



Hmmm.

8 comments:

LisaLisut said...

i agree dgn quote yg "tuhan tak akan beri ...."

i 26 so i nk baby pls.hahaha.dh citer psl baby dah si amy ni.ayokkkk! :P

~ NANA ~ said...

hihi susah jugak ek...takpe dear, berserah je kat Allah...

if lekat pon, means Allah lebih tahu yg terbaik utk u :)

kaklong said...

insyallah cik amy, pe pun semua tu dengan kebenaran nYa...

kun fa ya kun...sekiranya Allah kata jadi, maka jadi la Ia..

pe pun, jagn kata kan tidak, sebab Allah itu Maha Kaya dan Maha Mengetahui..

Cik Zimie said...

amy i think i understand ur situation.walau tak hadapi lagi.huhu tengah belajar.berbelah bahagi nak anak atau tak.bila decide apa pun kena jaga hati sendiri, jaga hati keluarga.hmm mesti susah nak wat decision kan?

i ada kes lebih kurang ur case ni amy(cewah mcm polis pulak kan).she's my bff.married awal gila.umur 21thn.dia kahwin masa study.tapi u tau apa, dia takde pun amalkan pencegahan ke apa.dia just doa "ya Allah berikan la zuriat kepada ku pada MASA YANG SESUAI" and the doa goes on.akhirnya dia dapat anak betul2 lepas grad.means 3 year after that.i taktau la mcm mana dia buat tapi dia cakap, dia TAKDE PENCEGAHAN langsung.tak plan nak dapat anak.kiranya tak la family planning.i mcm terkejut.mcm x percaya.dalam hal ini, DIA yang tentukan.so akhir kata (cewah) if amy doa byk2,insyaAllah boleh dpt apa yang amy nak tu.

goodluck.all the best.jangan risau2 lagi keh. heh

amy fahmi said...

lisa- haha. maju ke depan. ;p

nana- yup. Dia maha mengetahui. :)

kaklong- thanks for the reminder dear. :)

zimie- yeah..u know, kan. mixed feeling. nak, tapi taknak. taknak, tapi nak.
i harap i macam kawan u..
hopefully.
T_T

Q said...

Me study too..and plan for our first baby...Tuhan know when is the right time for u...kalau plan pun tapi Dia nak bagii jugak, kita terima jer lah...:)

amy fahmi said...

Q- komen zimie tu i rasa sgt membantu menenangkan perasaan i. :)
hope u too.

*she's s0 e!Ra* said...

I am so ready to have a baby :)
I would be a housewife in the future..So I guess thats the best thing :)
can't wait!