Wednesday, December 29, 2010

Lagi 2 hari

. Untuk menyambut tahun baru .



. Untuk majlis kecil tersebut berlangsung .



. Untuk permulaan sesuatu yang baru .





Harapnya semua baik-baik saja. Letih la. Hujung tahun begini jalan lengang je. Ramai yang dah bercuti kot. Menghabiskan cuti tahunan. Bagi pelajar yang selalu buat kerja sekolah last minute macam saya..Hmmm. Inilah akibatnya.





Ok. Nanti-nanti saya update cerita pasal tunang ye. Banyak nak membebel ni. Masa tak mengizinkan.




Wish you all a very happy new year!

Saturday, December 25, 2010

coklat patchi. perfume hantaran.

Hi,





Christmas Day. Memang sesak sungguh lah MidValley. Saya dan Shuk sampai di Mid lebih kurang pukul 11 pagi pun dah berpusing mencari parking. Tujuannya hanya untuk membeli coklat. Masuk je Mid, terus ke kedai Patchi. Takde customer lain dalam tu. Ke hulu ke hilir kami dalam kedai yang kecil tu mengintai-ngintai coklat, belek-belek harga. Oh ye, SA pada hari ini adalah tidak kurang friendly.





Dekat rak, banyak coklat yang dah dibungkus cantik. Yang comel lotey dalam RM 11 pun ade. Mungkin sesuai untuk door gift. Untuk kanak-kanak dalam bentuk lunch box, around RM 70. Cantik-cantik. Geram je tengok. Nasiblah wallet tak berapa nak tebal, kalau tak memang dah belikan untuk adik kot. Yang beratus-ratus tak payah cakaplah. Coklat saja yang dah pack cantik-cantik sampai 900 ringgit pun ada. Hish.




Coklat Patchi ni ada 3 jenis yang saya perasan.

Classic - 100g, RM 24.50
Deluxe - 100g, RM 27.00
Sugar Free - Tak ingat harga, macam tak menarik je




Saya blur tak tahu nak beli apa yang sedap. SA pun tak banyak membantu. Last-last saya tunjuk je dua pattern, dan suruh bungkuskan 200 gram setiap satu. Saya beli 400 gram deluxe semuanya untuk hantaran. Dan beli lagi 100 gram classic untuk bagi family rasa. Setiap gram adalah dalam 5 ketul. Shuk pula beli satu box milk coklat untuk dibuat hantaran. Comel kotaknya. Yang within budget kami tak banyak sangat choicenya.



untuk encik Shuk




Balik rumah bagi adik rasa. Adik saya cakap ini coklat tersedap di dunia. Memang lain rasa coklatnya. For chocolate lovers, Patchi is really recommended.




--





Sempena Christmas ni, banyak betul promo perfume. Haih. Perfume untuk Shuk saya dah beli awal-awal. Terasa ralat gak. Dengan harga lebih kurang sama, kalau beli hari ni dapat empat item (perfume, deodorant, dua jenis lotion kot). Siap dapat free bag lagi. Hmmm. Masa saya beli hari tu di Parkson Sunway Pyramid hanya dapat perfume dan deodorant. Nasib menyebelahi juga lah, dapat RM 50 rebate, so saya bagi Shuk untuk dia beli baju. Lebih kurang je sebenarnya, tapi untuk dibuat hantaran, nampak lagi cantik kalau itemnya banyak sikit. Kan kan?




So, next year, nak beli masa sale je lah.

Thursday, December 23, 2010

diy table centrepiece








Dah siap! Tinggah isi kuih je. Bekas tu beli kat KK Home Decor. RM 3.90 yang kecil, yang besar RM 4.90 je. Yang balang kaca tu pulak RM 5 beli kat kedai 5 hengget (Hinode Shop). Ribbon polka dot beli kat Semua House, kedai bawah yang dekat escalator, RM 5. Bunga kecil-kecil tu seringgit satu. Agak mahal, sebab beli kat Shah Alam je, kalau beli kat Jalan TAR or Nilai maybe murah sikit kot. Lepas guna ni, boleh pakai masa raya pulak. Or, kita recycle guna masa nikah pulak. Boleh kan? Hehe.. Plan asal nak letak bunga untuk table centre piece. Bila fikir balik, kita back to basic lah. Makanan!





Hari Sabtu ni dah plan dengan Shuk nak pergi beli coklat untuk hantaran. Mahu serbu kedai Patchi di MidV.Tapi tadi my aunt call dia kata nak sponsor coklat. Aunt saya kerja di KLIA, so dia boleh dapat 20% kalau nak beli kat kawan dia. Coklat from Swiss. I wonder sedap ke tak. Eh eh, dah free lagi nak lorat, kan? Heee.. Bukan apa, brand coklat yang mahal-mahal yang saya tahu cuma Godiva dan Patchi je. Patut tak I demand kat aunt suruh sponsor Godiva? Hehe. Dah ada orang nak sponsor, patut ke saya beli lagi Patchi untuk hantaran? Errrr.

Tuesday, December 21, 2010

bye penang. hello new year! erk.

Hi,




Saya di Penang airport sekarang. Flight delay. :( Dahlah keseorangan. Dah tiga hari di Penang. Banyak sangat yang pertama kali berlaku sepanjang tiga hari ni:



1. Naik flight sorang-sorang

2. Tidur hotel sorang-sorang

3. Jalan kaki sorang-sorang di tempat asing. Ala-ala destinasi bajet gitu.

4. NAIK BAS RAPID PENANG SORANG-SORANG! Taxi di Penang adalah sangat mahal! Dah lah takde meter. Main charge ikut standard price dorang je. Maybe orang Penang kaya-kaya. Atau maybe juga minyak di Penang mahal kot. Kena charge dari Aiport ke Georgetown RM 44.70! Lepas tu saya nekad ke mana-mana naik bas je.

5. Pergi conference sorang-sorang. :(

6. Sangat khusyuk mendengar segala talk

7. Makan dengan penuh sopan semasa di conference. Tak makan sambil bersembang sebab saya memang tak berkenalan dengan sesape pun sepanjang di conference. Ada la juga yang ajak saya bersembang tapi macam tak boleh masuk lah pulak. Boring, lantas saya melarikan diri dari orang yang ajak sembang tu. Heeeeee... Bukanlah sombong, kita cuma tak serasi. :P







O yeah. I survived!!!




Overall, saya sangat suka akan conference ini. Sangat bermanafaat. Bila menghadiri conference yang memang bidang kita barulah rasa tak ketinggalan sangat. Dan saya bersyukur menjadi 'oral presenter' pada conference ini. Confidence level dah meningkat sikit nampak gayanya.




Alhamdulillah..




Lepas ni boleh fokus hal tunang pulak.



Yeay!

Friday, December 17, 2010

renjis-renjis dipilis

Hai,





Tengok tajuk saya. Tengok pula bloglist kat sidebar ni. Ehem. Pantang masuk blog b2b je nak link kan. Reference di masa hadapan. Adoyai, awat semangat betul kau ni haa. Haha. Boleh pulak saya set in mind, yang nanti setiap kali pergi conference ke, workshop ke, bosan-bosan boleh terjah blog-blog inspirasi ni. Eh, tak payah tunggu time bosan, time tak bosan pun boleh.





Kesinambungan dari entri sebelum ni, hmmm. Memang otak saya serabut sikit sekarang ni. Banyak benda yang buat saya rasa down. 'I want to be a billionaire, so freaking bad". Lalalalalalala. Tak payahlah stress sangat kot, nanti nampak tua sangat. Dah lah Shuk awek muda. Cis. Just go with the flow. InsyaAllah, rezeki ada di mana-mana. Allah itu Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.





Dah nak masuk tahun 2011. Dan saya sangat memerlukan organizer baru! Yang handy. Yang kemas. Preferably week view. Dan pink.







Saya rasa tahun 2011 saya akan sangat sibuk.


InsyaAllah, 28 Januari akan ke Boston,US selama sebulan. Akan attach di Tufts University untuk berfoya-foya kerja-kerja research. Ada sape-sape mahu kirim barang? Lepas stay di Boston, akan stay di London dalam 5 hari. Kalau ada duit lebih mahu ke Paris kononnya. Haha. Duit lebih? 'I want to be a billionaire, so freaking bad". Lalalalalalala. Mana lah tahu ada yang mahu kirim handbag designer ke, coklat ke, baju HRC ke, boleh la kirim. Bawak barang kiriman orang je la saya mampu kot.



Balik dari US, akan sibuk dengan lab work kembali. Benci betul. Sampai sekarang instrumen tak leh pakai. Sedih.



Kalau hebat, bulan lima dah berhempas pulas untuk hantar tesis. KALAU HEBAT.



Kalau hebat, bulan lapan akan konvo. KALAU HEBAT.



Kalau biasa-biasa saja, bulan empat lima enam tujuh lapan sembilan akan berhempas pulas buat tesis.



Dan kalau jadi perancangan supervisor saya, kalau diizinkan Tuhan, kalau ini suratannya untuk terus menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, saya akan sibuk selama dua belas bulan tahun hadapan.




Dan selama dua belas bulan, benda paling best untuk saya fikir dan perkara yang sentiasa memenuhi ruang pemikiran mestilah pasal kahwin, kan? *Blush*



Hmmmm. So, mana saya nak cari organizer idaman?

Wednesday, December 15, 2010

tentang saya. tunang. nikah. kahwin.

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita






Hai,




Tentang saya.


Rasa lemah. Bangun pagi saya baca message saya dah rasa sangat blur. Sejak workshop di Seremban tempoh hari saya dah rasa macam ni. Seharian buat kerja mengelamun. Huh. Senang betul influence dengan keadaan lah saya ni. Dalam pukul 3 meeting dengan supervisor. Entahlah. Saya sendiri tak pasti sekarang ni apa cita-cita sebenar saya. Saya seolah-olah 'go with the flow'. Ikut je apa yang orang sekeliling kata bagus untuk saya.




Apa yang saya mahu?



Yang saya mahu sekarang... Hmmm.. Kahwin kot. Heeeeee. *Gatal*. Nak buat macam mana, itu je yang banyak saya fikir sekarang. Dan bila fikir kahwin, yang saya tahu saya nak cepat-cepat habis master, cepat-cepat kerja.




Sambung PHd? Ye, memang saya mahu. Entahlah. Perlu ke sambung sekarang? Atau kerja dulu? Saya bukanlah ke arah 'research purposes', mahu tulis jurnal bagai. Hmmmmm. Tapi, peluang bukan datang selalu. Hmmmmmm.






Tentang pertunangan.


InsyaAllah, jika tiada aral melintang, lagi dua minggu saya akan bergelar tunangan kepada kekasih hati. Persiapan macam yang pernah saya ceritakan sebelum ni. Masih ada perkara-perkara kecil yang belum disiapkan. Gubahan hantaran, barangan hantaran, hiasan rumah antara perkara yang belum siap. InsyaAllah, minggu terakhir nanti baru siap semuanya. Minggu depan akan ke Penang untuk conference, dah selesai semuanya baru boleh fokus tentang hal tunang.



Saya agak ralat juga. Err, tak tau apa perkataan sesuai nak ganti ralat tu. Saya rasa, ada unsur-unsur pembaziran masa majlis tunang nanti. Memang keluarga saya suka menjamu orang makan. Cuma bila kanopi yang ditempah lebih daripada satu, saya rasa macam...Hmmmm...Tunang je pun. Hmmmmmm. Memang lah rumah kecil je, tapi tak cukup ke satu je kanopi? Dan pelamin mini saya pun over the budget. Takpe, boleh dimaafkan sebab memang dah berhasrat bahawa bilik tidak dikacau masa bertunang. Almaklumlah, bilik tak berapa nak cantik. Yang sangat melangkaui bajet saya adalah OP. Hmmmmm, asalnya nak suruh kawan je jadi OP, kenapa tiba-tiba ikut cakap orang menempah OP. Hmmmmm.



Harap-harap majlis nanti berjalan dengan jayanya..





Tentang kahwin.



Kami belum decide tarikh perkahwinan. Plannya dalam masa setahun. Sebenarnya saya tak berapa berani merancang. Selalu saja perancangan saya tersasar. Tapi family dah mula tanya. "Mahu buat di dewan atau di rumah?". Kalau di rumah, takpelah tak tetapkan tarikh. Tapi kalau berhasrat mahu buat di dewan, perlu di tempah sekurang-kurangnya setahun lebih awal.







Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...





Mana satu? Dewan atau rumah?








---


Saya stress. Serabut memikirkan soal study. Soal masa depan. Dan soal keinginan.







Yes, I am a bit fussy.

Monday, December 13, 2010

saya mahu muka yang glowing!




Saya dah cuba agak banyak skin care, tapi belum ketemu walau satu pun yang betul-betul berpuas hati. Sebab belum satu pun yang membuatkan kulit saya licin halus mulus bersinar.











Heeeeee.. Sekarang saya sudah tak berduit sangat mahu membeli skin care yang mahal-mahal menurut kata nafsu haloba ini. Saya mahu cari yang affordable je. Paling latest, saya beli krim kecantikan safi rania.





gambar google. Krim ini wangi. Tapi tekstur nya membuatkan kulit saya agak berminyak. Melekit sikit. Pakai sajalah, boleh buat ganti foundation. Memang lepas pakai sun block, saya akan pakai krim safi ni dan taraaaa..boleh keluar jalan-jalan dah.




Saya masih pakai set Dermalogica. Dari awal beli set ni saya memang tak mengharapkan kulit akan jadi cantik jelita. Sebab dah tahu bahawa produk ini hanya akan maintain kan kulit wajah. Bukan mengubah wajah. Tapi ye la kan, kita yang bukanlah penyabar sangat ni kadang tu geram jugak "eh aku beli mahal-makal macam biasa je kulit ni". Hoho.Sabar-sabar..Fikir positif nanti dah tua muka masih cun. Euuwww. Macam lah waktu anak dara ni cun. Wehkkkk.






Saya pakai serum ini!!! Produk dari Indonesia. Suka sangat. Da sebulan pakai kulit rasa licin. Tapi sedih, doktor yang jual tu tengah takda stok. Ala ala ala... Klik sini. DR. TOTIN. Sangat suka baca blog dia lebih-lebih lagi yang bab-bab kecantikan. Even saya jumpa blog dia pun masa search pasal isu-isu cantik jelita ni lah.









Dan tadi saya baru pergi ambil serum mata yang saya beli online juga. Orang tu tinggal kat seksyen 8 je. Harap-harap serum tu berkesan. Tengok lah mata saya tu dah susah sangat nak di ubati. Sungguh kritikal. Dah lah gelap, fine line dah tak berapa nak fine pulak tu. Sedih. Sob sob.





Liang roma besar gajah, bintik hitam banyak ya amat, mata macam panda. Sob sob. Saya tak reti mekap, maka tak pandai nak sorok wajah asli tu. Maka kena berusaha sedaya upaya menjaga kulit wajah





Selain tu, saya pergi facial almost every month. Cuci muka jarang miss every day. Kadang-kadang tu kalau dah mengantuk sangat nak buat macam mana. *Alasan*. Saya dah cuba minum sebanyak air yang mungkin.





Apa lagi untuk dapatkan kulit yang cantik? Marilah share-share.

Saturday, December 11, 2010

rojak. saya tekanan.

Hi,



Sebenarnya saya sedang ada bengkel ni. Bukan bengkel kereta ye, tapi bengkep penulisan untuk student-student tua post ni. Dan saya tak ada mood. Entahlah, kejap saya sangat bersemangat nak menghabiskan dunia belajar ni, kejap tergantung je. Sampai rasa nak berhenti je belajar pun pernah terlintas di fikiran ni. Hmm, kuatlah wahai semangat.




Ok. Bukan nak cerita pasal ni. Tak best lah. Lagi best kalau cerita pasal angan-angan kawen pertunangan nanti.







Ibu ada call tadi. Setiap kali borak pun mesti terselit pasal majlis tunang nanti. Tadi sembang pasal katerer. Menu untuk majlis nanti bertukar-tukar. Kejap macam tu, kejap macam ni. Mula-mula nasi putih. Lepas tu nasi minyak. Lepas tu nasi putih balik. Bertukar-tukar sampai saya malaslah nak tolong fikirkan apa yang nak dihidang. Lagipun, budget bukanlah besar sangat. Katering kat Shah Alam ni boleh tahan harganya. Sebab ambil katering pun dari katerer 'kawan-kawan', mintak pun harga 'kawan-kawan' so menu pun ikut menu 'kawan-kawan'. Tak boleh komen banyak-banyak. Blog ini public.





Untuk majlis tunang nanti, saya mahu sesuatu yang simple tapi nampak cute and ada class. Cheh, nak class je. Haha. Bagi saya, majlis tunang dan nikah adalah untuk pengantin. Perlu ada sentuhan peribadi. Mungkin akan buat gubahan sendiri, perlu tahu semua perkara serba serbi. Saya mahu ambil tahu dari sekecil-kecil perkara hinggalah perkara-perkara utama. Majlis hanya sekejap, persiapan yang lama dan remeh tu yang akan membawa kenangan dan makna tersendiri. Berbeza dengan majlis bersanding, ia lebih kepada majlis untuk kelurga. Kawan kita yang datang pun berapa kerat je, yang ramai cuma saudara mara dan kawan-kawan ibu abah.




Majlis tunang saya nanti, saya taknak nampak matured sangat. Nak macam ceria-ceria, cute-cute je. Kalau boleh nak ada balloon. Hehe. Tapi ibu reject idea saya. Oleh itu saya nak ribbon polka dot. Ok, ibu tak boleh reject sebab saya dah beli ribbon tu. Hish, angan-angan je la. Tetiba majlis nanti serius gile pulak. Dah lah kami blur. Kena merujuk sedara, merujuk jiran tentang macam mana majlis tunang sebenarnya. Nanti masa pihak laki dan perempuan berbincang saya nak duduk mana? Duduk diam-diam dalam bilik ke atau dah tercegat kat pelamin? Heeeee.. Haa, kan ke dah nervous. Nanti lepas salam tangan bakal mertua kena peluk cium ke? Hahaha. Sampai ke situ dok fikir.







ok dah lah. Mengupdate blog pun sekadar melepaskan batuk di depan pc. Stress lah. Jadi pelajar tak selalunya indah.





p/sss. Malulah sebenarnya bila orang-orang yang kita kenal baca blog ni. Especially kalau kawan atau kenalan atau sedara Shuk yang baca. Harap-harap mereka tidak akan terjumpa blog ini.

Monday, December 6, 2010

kisah hantaran dan ongkosnya.

Hai,




Kurang lagi sebulan nak tunang. Masih ada minor-minor thing yang belum di selesaikan. Risau pulak kalau ada yang tak kena nanti. Hantaran nak di beri kepada bakal tunang pun masih belum siap sepenuhnya. Bakal tunang sangatlah sibuk, saya pulak manja taknak pergi beli sendiri. Hmm.




Hantaran kami nanti 9 dulang berbalas 7. Mulanya plan nak mintak 5 dulang je, saya balas 7. Tapi tiba-tiba saya jadi tamak haloba, "eh, mana cukup saya dapat 5 dulang je". Haa, amek kau sekarang diri sendiri blur apa la nak di bagi kat si Shuk ni.



Main thing dalam hantaran ni, kita kena ada:


1. Tepak sirih/ sirih junjung
2. Persalinan
3. Wangian
4. Manisan


Rasanya, kalau bertunang, manisan lah yang banyak, kan? Dan manisan lah yang saya belum settle lagi. Takpe-takpe, masih ada masa.




Semalam dah pergi beli satu barang untuk hantaran. Barang yang sangat saya perlukan sejak berbulan lepas lagi. Tapi KIV sebab nak mintak orang hadiahkan. Hihi. Sebab ia keperluan, maka saya dah guna lah. Hihihi. Nanti satu hari sebelum bertunang kita masuklah benda tu dalam kotak. Apa salahnye, kan?





Ongkosnya? Hmmm. Sebenarnya kan, saya risau lah. Risau pasal wang hantaran. Tak sampai hati nak mintak bakal tunang tersayang ni sediakan duit hantaran banyak-banyak. Tapi bukan saya yang tetapkan harga.



Orang kata, wang hantaran ni kita ikutlah kemampuan pihak lelaki. Orang kata, wang hantaran ni ikut harga tempat (kat kampung murah berbanding bandar). Orang kata, wang hantaran ikut status belah perempuan. Orang kata, wang hantaran ikut market price.




Hmmmm. Risau lah. Takut nak discuss dengan family sendiri. Hmmmm.

Friday, December 3, 2010

teater natrah; layakkah saya mengkritik?

Layakkah saya?



Eceh tajuk.






Semalam saya berpeluang menonton Natrah 2. Memang ada teringin nak tengok, tapi tidaklah teruja sangat dan tidak berani letakkan expectation yang tinggi sebab ia adalah kisah benar yang dipentaskan ,(kisah benar kalau diceritakan semula selalu macam no sense tu ada di mana-mana). Kisah Natrah ni saya pernah baca sejak saya sekolah rendah lagi. Dewan Masyarakat lama-lama (masa zaman saya baby) memang ada keluarkan cerita pasal Natrah ni. Ibu pun pernah bercerita pasal kisah ni dulu-dulu masa kisah murtad Aisyah, Lina Joy pernah kecoh suatu masa dulu.




Korang dah tengok belum??? Yang belum tengok tu kalau nak tengok beli tiket cepat-cepat. Dengar cerita tiket dah nak sold out.


Oh ye. Nak tahu rentetan kisan Natrah boleh baca SINI





Kisah Natrah ni sarat dengan pengajaran. Kisah perebutan seorang gadis Belanda yang telah diasuh mengikut ajaran Islam oleh mak angkatnya sejak berusia 4 tahun setengah. Di usia 13 tahun, keluarga kandung Natrah mahu Natrah kembali semula ke pangkuan mereka. Di sinilah konflik bermula. Mak Aminah dan umat Islam mahu mempertahankan akidah Natrah. Bangsa kita mahu menjaga maruah bangsa dan negara. Kelurga kandung Natrah mahukan anak mereka kembali. Mahu kan natrah di Kristian kan kembali. Natrah lah yang paling merana. Terseksa jiwa raga bila kemahuannya tak di endahkan. Terseksa juga Mansur Adabi yang kehilangan cintanya.



Komen saya, saya suka cerita ni. Saya suka Maya Karin dan Umi Aida. Mereka pandai memainkan emosi penonton. Meleleh juga lah air mata masa part merebut Natrah tu. Remy Ishak biasa-biasa je. Tak banyak sangat dialog Remy Ishak ni. Kelakar je tengok dia menari. Thumbs up to Erma Fatima, pengarah yang sangat berani dan kreatif. Props juga cantik.



Ada beberapa komen (macam biasela) saya dalam pementasan ni.



1. Mic asyik rosak je. Mengecewakan sangat. Dekat istana pun mic rosak.


2.Tarian bollywood tak perlu kot. Tak sesuai. Ini kisah berat. Kisah sejarah. Kisah bangsa kita. Kenapa nak masukkan elemen Hindi pulak. Lucu lah tengok berjoget-joget macam tu.


3. Saya tertanya-tanya betulkah Mak Minah dan mak mansur Adabi (lupelah namanya) tu sporting sangat, biarkan mereka berdating bagai. Melalui pembacaan saya, mansur Adabi tu kuat pegangan agamanya. Wallahu'alam. Tak berani komen sangat. Just my 2cents.


4. Banyak watak tak berkembang. Tak rasa kepuasan sangat menonton. Macam ada tak kena di sana sini. Paling sikit watak Mansur Adabi. Tak dapat nak selami rasa hati Mansur Adabi kehilangan isteri. Apa usaha dia untuk membawa kembali isterinya. Kecewa bila dipaparkan seolah-olah Mansur tu bahagia je, kahwin dengan anak muridnya. Sedangkan bukankah Mansur Adabi tu sebenarnya sangat kecewa dan ada muslihat-muslihat yang dikenakan kepada Mansur masa usahanya untuk kembalikan Natrah.

Dan tak perasan pun rupanya rayuan Mak Aminah membebaskan Natrah dari rumah kebajikan tu diterima.


5. Ye, kisah ini adalah kisah Natrah. So banyak sangat monolog kekecewaan Natrah. Bila banyak sangat cakap, saya boring. Hehe.


6. The fact is, Natrah bukanlah anak Mak Aminah. Keluarga kandung memang mempunyai hak terhadap anaknya.


7. Natrah dok kat Terengganu, tapi kat rumah dia praktiskan cakap bahasa baku. Dengan kawan-kawan di cakap bahase Ganu kite.




Hmm. Susah nak komen. Saya rasa best tapi... Macam bila makan, kenyang tapi macam tak puas. Ala-ala makan nasi tapi ayam kecik je. So kene jimat-jimat makan ayam tu. Haa, korang faham ke? Haha.




Macam tu la kisahnya.

Wednesday, December 1, 2010

masa terbang sebegitu pantas

Dah bulan 12. Cepatnya masa berlalu. Macam tak sedar je tahun 2010 ni dah sampai ke penghujung. Rupa-rupanya dah setahun sambung belajar. Rupa-rupanya dah nak kawen. Hik hik, gatal.





Errr..



Hari ni 1 Disember 2010. Anniversary saya dan Shuk yang ke-19. 19 bulan tau, bukan tahun. Haha. Sebab tarikh couple kami 1hb, senang sangat la ingat. Macam tak sangka, lama gak kami dah...saling sayang menyayangi. Hish, malulah.




*Blush




Nanti, masa ulangbulan percintaan yang ke-20, kami akan menaiki satu anak tangga. Dah maju sikit lah. Ke tangga yang makin hampir dengan tangga besar. Tangga rumah. Haha. Paham ke korang apa maksudnya? Haha. Belit-belit sungguh.



Ok lah. Nak letak kad ni. Cincai je. Tapi saya rasa comel la jugak kot. Hihi.










Sila datang taw. :D