Sunday, July 19, 2009

Disebabkan sekarang ni sibuk bercerita tentang H1N1...

Sunday, July 19, 2009
Dan saya sendiri gerun hendak ke lapangan terbang, tak berani menjejakkan kaki ke negara luar, maka marilah berjalan di negara tercinta saja.


Lihat, negara kita juga ada bangunan Perancis. Wah, kagum sungguh!



Mungkinkah pemandangan indah itu dicacatkan dengan aksi kaku saya?



Ye, setelah penat berjalan, aksi comot tak dapat di elakkan



Oh, tidak di lupa, Malaysia juga ada perkampungan Jepun



Sejuk mungkin? Hahahahaha


Kesimpulannya..CINTAI MALAYSIA!!!


p/ss. Bagi tips ape nak study untuk ke peperiksaan PTD please.. ;)

Friday, July 17, 2009

perlu berharap?

Friday, July 17, 2009
Assalamualaikum. Hai. Salam sejahtera.


Lama rasanya saya tak membebel di blog comel ini (oh comel kah? eh tak, tuan punya blog yang comel). Haha. suka perasan macam lama tak update padahal tiap-tiap minggu ade je nak update. *sigh.


Saya masih lagi bekerja sebagai eksekutif muda yang bertauliah. Ok ok. Stop perasan. Saya masih lagi berkerja dengan penuh rajinnya hari-hari on YM (sebab blog dan facebook dah kena block), setiap hari menghitung waktu, pagi menunggu ke waktu makan tengahari, lepas makan menghitung waktu ke 5.30. Setiap hari. Everyday. The same routine. Jadi, anda dapat bayangkan la betapa bahagianya kerja saya,kan (hahahahaha gelak tak ikhlas).


Oh ye, perkembangan terbaru saya. Saya dah kurangkan aktiviti shopping. Saya dah stop berjogging. Saya sekarang tidur awal. Saya dah kurang makan coklat. Saya dah kurang melayan kuiz di facebook. Saya dah kekeringan idea untuk menaip di blog ini.


Eh. Sebenarnya saya tadi nak tulis entri berkenaan ayat ni;


Jangan menaruh harapan terlalu tinggi, kelak akan hampa



Tiba-tiba terlintas di fikiran tentang ayat ni. Hmmm.

Betul,kan. Jangan berharap sangat. Kalau tak tercapai, kecewa. Tapi, tanpa harapan, mungkinkah hidup itu indah?


Pfft.

Wednesday, July 15, 2009

Wednesday, July 15, 2009
Bunga tak lagi harum,
Gula tak lagi manis,
Langkah tak lagi berderap,
Tidur tak lagi lena,
Makan tak lagi kenyang,
Gagap,
Sumbang,
Pekak,
Sayu,
Hambar,
Tangis.

Senyuman tiada lagi.

Tak keruan.

Jiwa kacau.

Sunday, July 12, 2009

you complete me

Sunday, July 12, 2009
I have happy family, really great friends, very nice boyfriend. Thanks dear. I love you all.




Saya bangun pagi je, terus rasa nak senyum. Tiba-tiba rasa bahagia. Rasa syukur. Mungkin sebab hari ni hari Ahad. Maka saya tak perlu mengeluh oh nak ke kerja, oh nak meredah jem, oh nak menghabiskan masa satu hari di ofis. Yess yess, hari ni cuti, maka boleh makan banyak, boleh tidur lama, dan yang pasti boleh dating. Yess yess.


Saya sangat tak rajin untuk menaip panjang-panjang. Mari tengok gambar.



Alkisahnya, semalam kami bertiga (saya, Umi, Alin) dah bersiap punya ayu nak g kenduri umah Kamarl (boyfriend Umi). Kat tengah-tengah jalan, tibe-tibe kereta berasap, temperature naik. Huh, kami gadis-gadis ayu ni punyela gabra. Terus berhenti tengah jalan




Makanya, harus menelefon superman untuk mengadu domba




Kebetulan, ada sepasang suami isteri ni pun kereta diorang berasap. So, mintak tolong la diorang isikan air. Tapi, rupenye kereta Umi ni air kering kontang. Setelah mengahbiskan air kakak tu, macam takde makna pun, Masih berasap lagi




rescue team sampai! 2 orang pakcik superman membantu kami (mereka ialah polis peronda KESAS), menuang air dan mengetawakan kami yang sungguh blur. Kuangasam punye pakcik. Tapi kami sememangnya amat beterima kasih la pada pakcik sekalian




akhirnya, Umi memandu sambil membebel tak sudah-sudah kerana musibah ini. Habis cair mekap nak jumpe bakal mak mertue, huh. Pot pet pot pet




akhirnya, teruja. Dah sampai ke destinasi!




muke malu bakal pasangan eh bakal suami isteri haha. tu je, pastu I ngan Alin sibuk mencekik da. Umi ngan Kamarl macam biase tersipu-sipu duduk bersimpuh haha



Sangat bermakna lah hari semalam. Pengajaran betul. Lain kali, nak berjalan sila cek air bateri. Jangan main redah je. Dan sila beringat untuk pastikan ada air dalam kereta. Bukan air ice lemon tea atau air ribena, tapi air tongkat ali. Eh, air kosong. Huh. Penat. Fuhh.



eh, sape ni tibe-tibe je?